Monday, January 13, 2020

Suatu kala dahulu


Berderai jatuh jiwa aku berserakan ke bumi, seketika mengharap detik masa berulang kembali.. apakan daya hanya mampu tinggal berharap.

Aku kutip dalam sunyi, satu persatu dicapai perlahan.. jiwa yang terperangkap dalam penafian.. sungguh terpalit kecewa dan kekeliruan. Perasaan setiap insan, pasti diuji dengan sesuatu yang tidak pernah disangka.

Aku perlu tenang.. aku perlu mencari jawapan pada persoalan yang bermain di fikiran.. kenapa? dimana? bagaimana?. Ahhh!! Terlalu sempit diwaktu ini. 

Merasai yang tidak kelihatan.. Subhanallah.. Ya Allah.. diberi ilham tanpa melihat, pejamkan mata dan rasainya.. kasih sayang tidak terhitung banyaknya. Aku perlu lakukan sesuatu.. kembali semula kepada Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Bergerak tanpa langkah, nikmat memijak ditarik sudah.. aku nampak.. ya.. aku nampak.. masih berbaki nikmat anugerah.. kenapa mengalah wahai diri, tidak akan terhenti di sini.. sudah disentuhNya hati, carilah, usahalah. Pasti ada sinar dihujung sana.. bergeraklah sedaya aku ke arah laluan yang telah terbuka bersama jiwa yang berharap itu.

Indah sungguh sekeliling aku, tiada yang mustahil untuk bersama dalam satu kenyataan. Nyata dan jelas.. alhamdulillah aku sudah tersentuh.. dek hati ini terbolak balik.. peliharalah hati.. nasihat diri.. pujuk memujuk hati agar dapat memudahkan menacari tujuan ujian ini

Terima kasih Allah
Jangan mengalah kawan 💪 

Sunday, January 12, 2020

Kami insan lemah


Terus melangkah walau tiada langkah. Jatuh bangun perisa kehidupan. Kami tidak sempurna, kami lalui dengan sabar. Aku tetap menjadi seorang peneman yang akan sentiasa kekal kuat bertahan dalam menghindari tipu daya dunia yang sentiasa berbisik.

Dunia hitam kami telah berlalu. Namun bayangan lalu pasti sepintas hadir difikiran..tuhan.. tolonglah terus beri kekuatan, telah aku semat dalam hati.. keburukan perlu diperbaiki dengan sokongan bersama.. setiap masalah ada jalan penyelesaian selagi kami hadapi dengan fikiran yang waras dan berpandangan positif dan kesabaran yang tinggi.

Allahuakbar.. Allahuakbar.. Allahuakbar. Lihat, jika jalan itu betul kamu tidak akan sesat malah, jalan itu membawa kamu melalui panorama yang indah yang kita sendiri tidak sangka dapat menikmati anugerah Allah yang sangat tinggi.

Terima kasih Allah

Saturday, July 13, 2019

Permulaan

Mimpi yang indah bagai diri hidup didalamnya, senyap dan sembunyi entah berada dimana.
Ia sementara namun begitu mengukir senyuman, wah.. Anugerah untuk jiwa yang sentiasa gembira 😊
Tidak mengapalah, ia hanya illusi datang dan pergi.
Andai mimpi itu membawa jiwa ini dalam kegembiraan.. Nikmati sahaja.

Suatu kala dahulu

Berderai jatuh jiwa aku berserakan ke bumi, seketika mengharap detik masa berulang kembali.. apakan daya hanya mampu tinggal berharap. ...